Biografi Habib Sa'ad Al-Idrus (Muhammad bin Alawi), Hadramaut Yaman
Cari Berita

Advertisement

Biografi Habib Sa'ad Al-Idrus (Muhammad bin Alawi), Hadramaut Yaman

Duta Islam #01
Selasa, 25 Januari 2022
Download Ngaji Gus Baha

Flashdisk Ebook Islami
profil singkat habib saad al idrus hadramaut
Habib Muhammad bin Alwi (Habib Sa'ad) Al-Idrus. Foto: istimewa.


Dutaislam.com - Habib Muhammad bin Alawi Al-Aydrus Ba'alawi atau lebih dikenal dengan panggilan Al-Habib Sa'ad lahir di Tarim, Hadramaut, Yaman pada tahun 1351 H. Beliau menetap dan menimba ilmu kepada ulama' di sana, khususnya di daerah Ribat, Tarim. Guru beliau antara lain adalah Habib 'Alawi bin Syihab dan Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz.


Setelah lulus dari sana, beliau berpindah ke Kota 'Adn untuk mencari sedikit keperluan hidup (bekerja), tetapi di sana beliau berhadapan dengan kekerasan kelompok komunis sehingga beliau dimasukkan ke dalam penjara selama empat tahun. Ketika itulah beliau mempelajari ilmu Al-Quran dan menghapalkannya.


Beliau kembali ke Tarim dan ditempatkan pada kedudukan yang mulia sebagai Imam Masjid Al-Imam Al-Saqqaf serta menjadi guru Al-Qur'an di Qubbah Abu Maryam. Di antara murid beliau adalah Habib Umar bin Hafiz bin Syaikh Abu Bakar bin Salim dan Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri.


Beliau adalah seorang yang sangat cinta membaca dan menulis. Beliau telah menulis hampir tujuh puluh buah buku dan banyak mengikuti acara ilmiah di berbagai  tempat. Beliau adalah seorang yang alim, murabbi, sastrawan, akademisi, luas ilmu pengetahuan dan sangat suka membantu penuntut ilmu agama.


Pada tanggal 6 Oktober 2011 M, bersamaan 9 Zulkaedah 1432 H, beliau telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 40 tahun berkhidmat dalam mencurahkan ilmu agama, terutama dalam bidang Al-Quran.


Sumbangan beliau dalam bidang ilmu sangatlah luas, diantara karangan beliau adalah:


  1. Al-Ayãt Al-Mutasyãbihãt Wal Mutamãthilãt Wal Mutaqõribãt.
  2. Kalimãt Fì Ad-Dãrijah Bi Madìnah Tarìm.
  3. Natfu Az-Zaman Fi Akhbar Ma Qod Kana
  4. Khawwas Asma Allah Al-Husna
  5. Fawa'id Min Al-I'jaz Al-Qurani
  6. An-Niyyãt
  7. Ihyã As-Sunan Al-Mahjûrah.
  8. Mukhtãrãt Min Kalãm Al-Imãm Al-Haddãd.
  9. Ilajun Nisyãn
  10. Kaifa Takûnu Ghoniyyan
  11. dan lain-lain...


Demikian biografi singkat penulis kitab yang dikutip (dengan beberapa editan bahasa) dari Kitab Kaifa Takunu Ghaniyyan, karya Habib Sa'ad, yang terjemahannya ditulis oleh Muhammad Na'im MD Shalleh dalam bahasa Melayu Patani. [dutaislam.com/ab]


Jasko Rijalul Ansor

close
Iklan Flashdisk Kitab 32 GB