Kakek Habib Umar bin Hafidz Dari Bondowoso Mempunyai Sifat Khumul
Cari Berita

Advertisement

Kakek Habib Umar bin Hafidz Dari Bondowoso Mempunyai Sifat Khumul

Duta Islam #07
Senin, 23 September 2019
Download Ngaji Gus Baha

Flashdisk Ebook Islami
al habib salim bin umar bin hafidz
Kakek habib umar bin hafidz dari bondowoso. Foto: istimewa
"Habib Salim bin Hafidz bin Syaikh Abu Bakar bin Salim." Yang mempunyai nasab رحمه الله‎ .

DutaIslam.Com - Al Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar
bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn Maula inat Fakhrul Wujud Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Imam Abdurrahman al-Saqqaf (pertama keluar fam Assegaf) bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi al Ghuyyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir ilallah bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW.

Habib Salim Rahimahullah‎, adalah merupakan datuk kepada Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.

Beliau lahir di Bondowoso, Pulau Jawa pada 25 Syawwal 1288 H bersamaan 6 Januari 1872 M. Kemudian Beliau dibawa ayahandanya balik ke kota Misythah, Hadhramaut pada 15 Shafar 1297 H (27 Januari 1880 M).

Baca; Habib Umar bin Hafidz di Mata Syeikh Hariri (Wali Tanpa Jantung)

Ketika itu beliau berusia kira-kira 8 tahun. Menerima didikan awal daripada ayahnya dan beberapa ulama di Kota Misythah antaranya dengan Mu’allim ‘Abud bin Sa’id Basyu’aib dari kampung al-Suwairi Rahimahullah dan Mu’allim ‘Abdullah bin Hasan Basyu’aib Rahimahullah‎.

Pada 1304 H, Habib Salim Rahimahullah‎ berangkat ke Kota Tarim al-Ghanna untuk menuntut ilmu. Di kota yang berkat ini, beliau menimba pengetahuan agama daripada para ulama
di sana antaranya Mu’allim ‘Abdullah bin Ahmad Bagharib Rahimahullah‎, Habib ‘Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur Rahimahullah‎ dan lain-lain ulama.

Beliau mengerjakan haji pada tahun 1320 H (1903 M). Dan kesempatan ini juga beliau gunakan untuk bertemu dengan sejumlah ulama dan orang-orang sholeh untuk mengambil ilmu dan ijazah daripada mereka. Selain itu, beliau turut mengadakan perjalanan sama ada untuk mendalami ilmunya juga untuk menyebarkan ilmu dan dakwah ke Seiwun, Dau’an (1349 H),
Al-Haramain (1355 H, & 1357 H), Zanzibar (1358 H), Mombasa (1358 H),
India (1357 H) dan tidak ketinggalan tanah kelahirannya, Pulau Jawa (1356 H & 1357 H).

Di negeri-negeri yang dikunjunginya, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan
pertemuan dan menjalinkan hubungan dengan para ulama dan awliya’ yang menetap di sana.
Hasil pertemuan dan hubungan ini, baik berupa wasiat, nasihat dan ijazah beliau kumpulkan dalam satu catatan yang dinamakannya “Minhah al-Ilah fil ittishal bi ba’dhi awliya”, yang mana didalamnya tercatat sejumlah 149 orang ulama yang beliau bertemu dan mengambil pelbagai sanad dari mereka.

Al Habib Salim bin Umar bin Hafidz


Didalam kitab tersebut juga beliau bawakan sanad kitab Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim melalui jalur Sadah ‘Alawiyyah.

Habib Salim terkenal sebagai seorang ulama yang bersifat khumul yang tidak suka namanya dikenali orang. Apa yang penting baginya ialah keridhaan Allah SWT, dan bukannya penghargaan manusia. Di akhir usianya, sifat khumul ini semakin terserlah bila beliau senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan dirinya dalam majlis-majlis umum
dengan duduk di shaf yang paling belakang.

Beginilah sikap beliau sehingga beliau dipanggil pulang ke rahmatullah. Beliau mula mengalami sakit pada malam Sabtu 22 Rajab 1378 H dan wafat malam Sabtu 29 Rajab tahun 1378 H di Kota Misythoh dan dimakamkan disana. Walaupun beliau tidak meninggalkan karya ilmiyyah yang banyak, tetapi perjuangannya diteruskan zuriatnya antaranya oleh anaknya Habib Muhammad bin Salim dan kini teruskan pula oleh cucu-cucunya Habib ‘Umar bin Muhammad dan Habib ‘Ali Masyhur bin Muhammad (ketua Majlis Fatwa Tarim).

Baca: Pandangan Habib Umar bin Hafidz Tentang Khilafah

Popularitas dan kebesarannya tidak perlu diragukan lagi, santri dan muridnya telah tersebar di nusantaraa, kini Habib Salim tersenyum melihatnya. Semoga bermanfaat. Amin. [dutaislam/ka]
Jual Kacamata Minus

close
Iklan Flashdisk Kitab 32 GB