Membongkar Kedok Wahabi yang Suka Mengkafirkan, dari Ulamanya Sampai Pengikutnya
Cari Berita

Advertisement

Membongkar Kedok Wahabi yang Suka Mengkafirkan, dari Ulamanya Sampai Pengikutnya

Sabtu, 02 Desember 2017
Download Ngaji Gus Baha

Flashdisk Ebook Islami
Ilustrasi: Istimewa
DutaIslam.Com - Golongan ahlu al-ifrath ialah golongan mengambil langkah pengkafiran secara membabi buta tanpa berdasarkan kaidah syara' dan tanpa dalil atau bukti yang sah, bahkan pengkafiran tersebut berdasarkan sangkaan semata-mata, khayalan dan kebatilan. Golongan melampau ini adalah golongan al-Khawarij dahulu dan modern, Mujassimah, al-Wahhabiyyah, Quthubiyah dan yang senada dengan mereka. Prinsip mereka ialah mengkafirkan mereka yang tidak sepaham dengan mereka sehinggakan pengkafiran tersebut terkadang berlaku di antara mereka sesama sendiri.

Pemikiran yang ganjil ini telah banyak menumpahkan darah umat Islam termasuklah dibunuhnya wanita, kanak-kanak sebagaimana yang berlaku di Mesir, Syiria dan Algeria juga sama apa yang berlaku al-Iraq, Somalia, Yaman, Saudi Arabia, Afghanistan dan Pakistan.

Golongan ini menggunakan takfir sebagai muqaddimah atau pendahuluan sebelum melakukan pengeboman kerana mereka percaya bahawa cara tersebut cara yang paling pendek dan mudah untuk sampai kepada pemerintahan dengan menyalahgunakan nama agama.

Salah satu kelompok yang mengamalkan konsep takfir adalah al-Wahhabiyyah. Antara keterangan dan hujah pengkafiran yang dilakukan oleh golongan al-Wahhabiyah adalah sebagaimana berikut:

1. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan Imam Fakhruddin Al-Razi, pengarang kitab tafsir yang masyhur, Tafsir al-Kabir. Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini disandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab "Iqtidha` as-Sirat Al-Mustaqim". Tetapi apabila ulama merujuk kepada dakwaan tersebut ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.

2. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama Najd, lihat Al-Durar, halaman 10-15. 

3. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama Mazhab Hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya. Lihat Al-Durar, halaman 10-13.

4. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim Mazhab Hanbali). Lihat Al-Durar, halaman 10,64.

5. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114,118,117,dan 119). Beliau mengatakan bahawa mereka (orang badawi) lebih kafir daripada Yahudi Dan Nasara. 

6. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan penduduk Makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7. 

7. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam kenyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : "Dia (Ibn 'Arabi) lebih kufur daripada Firaun. Sesiapa yang tidak mengkafirkannya, maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya". 

8. Menuduh dan mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam (Lubnan, Jordan, Syiria dan Palestin) dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi. Lihat Al-Durar 2/45.

9. Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam-imam mazhab adalah usaha yang kufur, lihat Al-Durar 2/59.

10. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama kalam (ulama usuluddin). Dia mendakwa bahawa ulama telah bersepakat mengkafirkan ulama kalam. Lihat Al-Durar 1/35.

11. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk Riyadh, Tarikh Najd, tulisan Husain Bin Ghannam, halaman 137-138. Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut : " Tidak ada seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah".

12. Al-Wahhbiyah mengkafirkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan berkata: " Pengikut Al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah". Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, halaman 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta' di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman al-Syiekh tidak ketinggalan mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid, halaman 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh. 

Abd Rahman al-Syiekh turut menyesatkan dan mengkafirkan al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah sedangkan al-Hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi mengatakan:

 (إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية ). 

Maknanya : "Apabila disebut Ahlussunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan oleh mereka adalah al-Asya`irah dan al-Maturidiyah".

13. Al-Wahhabiyah mengkafirkan mereka yang menyebut selawat syifa'. Menurut Ibn Baz : " Lafaz selawat ini adalah syirik". Rujuk kitab "Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid", Karangan Muhd Jamil Zainu, halaman 83, 89, Cetakan Darul Fatah.

14. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Sayyidatuna Hawwa. Lihat Muhammad Shiddiq Hasan al-Qanuji dalam kitab ad-Din al-Khalish, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, jilid 1, halaman 16.

15. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab " Majmu` Al-Mufid Min 'Akidah Tauhid", halaman 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr, Riyadh. 

Nas kata-kata mereka ialah : "Perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi Yahudi, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi". Kelompok al-Wahhabiyyah menuduh tharikat sufi dengan kesyirikan. Mereka menganggap bahawa thorikat sufi sebagai punca perpecahan umat Islam. Bahkan lebih dari itu, kerana sangat bencinya mereka terhadap kaum sufi sampai mereka mengatakan: 

"Wahai umat Islam, Islam kamu semua tidak akan bermanfaat kecuali jika kamu terang-terangan memerangi tarekat dan membanteraskannya". Lihat Ali Muhammad ibn Sinan, al-Majmu` al-Mufid, halaman 55. Dengan tuduhan syirik dan nifaq terhadap kaum sufi yang benar, bererti Wahabiyah telah mengkafirkan ratusan juta umat Islam dari timur hingga barat dari masa Abu Bakar al-Shiddiq kemudian masa para Imam mazhab empat dan ulama-ulama lainnya yang soleh seperti Imam Junaid al-Baghdadi, Imam Ahmad al-Rifa`i, Imam Abdul Qadir Jailani, Sultan ulama `Iz Ibn Abd as-Salam dan ulama-ulama lainnya sampai masa kita sekarang ini. 

Sesungguhnya dasar-dasar tasawwuf adalah al-Quran dan as-sunnah. Tasawwuf mengajarkan zuhud, wara`, taqwa, dan ibadah. Jalan kebaikan dan juga cara untuk menyebarkan kebaikan kepada umat islam. Imam Syafie mengatakan: 

(كن فقيها صوفيا لا واحدا إني وربي الكعبة لك ناصح ) 

Maknanya : " Jadilah kamu seorang ahli Feqah yang sufi bukan pengikut wahdah al-wujud. Sesungguhnya demi Tuhan kaabah, aku memberi nasihat kepadamu. Lihat Syafie dalam ad-Diwan, halaman 34.

16. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa dengan makna istaula (menguasai) di dalam kitab mereka "Halaqaat Mamnu`ah", Tulisan Husam Al-`Aqod, Cetakan Darus Sahabah, Tonto.

17. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: " Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang Yahudi ". Rujuk kitabnya " Tahzir minal Bida`ah", halaman 5, Cetakan Riyadh Saudi.

18. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin. Menurut Abu Bakar Al-Jazaieri, di dalam kitab Aqidatul Mukmin pada halaman 144 : " Tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarkan mereka daripada Islam dan pelakunya kekal dalam neraka". Mereka juga menamakan orang yang bertawassul sebagai quburiyyun (penyembah kubur) dan rosak Islamnya. Lihat al-Albani dalam al-Tawassul, Cetakan Zuhair Syawisy, Beirut,halaman 24, 74 dan 70. Sedangkan amalan tawassul adalah amalan baik lagi sunnah sebagaimana disebut di dalam hadis yang panjang oleh at-Tabarani di dalam kitab Mu`jam as-Shaghir halaman 201 dan Mu`jam al-Kabir jilid 9 halaman 17. At-Tabarani juga menghukumkan hadis tersebut sebagai sahih.

19. Al-Wahhabiyah membid`ahkan al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani yang merupakan amirul mukminin dalam bidang hadis dan al-Hafiz Nawawi salah seorang ulama besar dalam mazhab Syafie dari kalangan Ashab At-Tarjih dan menyatakan kedua-duanya bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam kitab mereka " Liqa' Al-Bab Al-Maftuh, Dar aL-Wathan,Riyadh, halaman 42.

20. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya'. Ibn Baaz berkata: "Istighasah dengan nabi-nabi adalah syirik". Rujuk kitabnya " 'akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha", halaman 22, Cetakan Darul Watan Riyadh. Tuduhan syirik juga disebut oleh al-Albani di dalam kitabnya at-Tawassul pada halaman 25. Di dalam Fatawa, cetakan dar al-Arqam, jilid 1 halaman 3, ibn Baz dan ibn `Uthaimin mengatakan : "orang yang beristighathah adalah musyrik dengan syirik yang besar dapat mengeluarkan seseorang daripada agama Islam, pelakunya tidak sah menjadi wali dan tidak sah bermakmum di belakangnya". Padahal telah ada hadis sohih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Nabi Salla Allah Alayhi Wa Sallam bersabda: 

تدنو الشمس يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينما هم كذالك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم بمحمد

Mafhumnya : "Pada hari kiamat kelak, matahari mendekati sehingga keringat seseorang sampai pada tengah-tengah telinganya, dan ketika mereka dalam keadaan seperti itu mereka beristighatsah dengan Adam kemudian dengan Musa kemudian dengan Muhammad".

21. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan sesiapa yang mengucapkan "good morning" and "good night", dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak Yahudi di dalam kitab mereka "Akhtho' Sayyi'ah", Karangan Muhammad Zainu, halaman 67.

22. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan penduduk Islam di Hijaz dan Yaman. Menurut Ibn Baaz: " Telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dariapada Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur." 

23. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn 'Arabi. Rujuk taaliq Ibn Bazz pada kitaq "Fathu Majid", halaman 217, Cetakan Darul Aulaanah.

24. Al-Wahhabiyyah menuduh dan mengkafirkan penduduk Islam di Mesir. Mereka mengatakan bahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab "Fathul Majid" halaman 206, Cetakan Aula Nahi.

25. Al-Wahabiyyyah mengkafirkan penduduk Dubai, Abu Dhabi dan menamakan mereka dengan anjing-anjing neraka Jahannam. Lihat Abdul Aziz ibn Abdullah al-Syeikh, Ahlus Sunnah an-Nabawiyyah `ala Takfir al-Mu`aththilah al-Jahmiyyah, Riyadh, cetakan pertama, halaman 51, 101, 102 dan 124.

26. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Talimsani, sebagaimana keterangan Abdul Latif Abdul Rahman dalam Kitab al-Musamma. Lihat Kitab Fatawa A`immah al-Najdiyyah, Jilid 3, halaman 328.

27. Al-Wahhabiyah menuduh al-Hafiz al-Hakim seorang ahli hadis pengarang kitab al-Mustadrak adalah orang yang akidahnya rosak. Lihat Ahmad ibn Hajar al-Buthami, Tahzir al-Jinan wa al-Arkan `an Dun al-Syirk wa al-Kufran. Cetakan ke 3, halaman 64.

28. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan Jamaah al-Dakwah wa al-Tabligh dan para masyaikh mereka seperti Syeikh Khalid al-Naqsyabandi dan Syeikh Muhammad Ilyas dan Syeikh Zakaria dan Syeikh Muhammad In`am al-Hasan - semoga Allah merahmati mereka- di dalam kitab al-Qaulu al-Baligh Fi Tahzir Min Jamaah al-Dakwah wa at-Tabligh.

29. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan Imam Hassan al-Banna. Lihatlah majalah Al-Majallah edisi 830 Desember 1996.

30. Al- Wahhabiyyah mencela empat mazhab yang telah disepakati oleh umat Islam mereka mengatakan bahawa para pengikut mazhab telah memecah belahkan umat dan taqlid pada salah satu mazhab juga adalah inti kesyirikan. Orang yang mengikuti satu mazhab saja dalam satu masalah, maka dia adalah seorang yang fanatik buta, dan orang yang taklid buta telah keluar dari agama kerana dia mengikuti hawa nafsunya dan dia menjadi sebahagian daripada hizb al-syaithan (golongan syaitan) dan hamba kepada hawa nafsu sehingga hilang cahaya keimanan dalam hatinya. Lihat Muhammad Sulthan al-Ma`shumi, Hal al-Muslim Mulzamun Bit-Tiba`I Mazhabin Mu`ayyanin, halaman 38 dan 76. Perkara yang sama juga disebut oleh Muhammad Shiddiq Hasan al-Qanuji dalam kitab ad-Din al-Khalish, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.

31. Wahabiyah menghalalkan darah orang yang membaca selawat kepada Nabi Muhammad Salla Allahu Alayhi Wasalam dengan suara yang keras setelah azan dan mereka menganggapnya dosanya lebih besar daripada melakukan zina. ( Lihat Tarikh Sultanah al-Uthmaniyyah). Suatu ketika didatangkan kepada Muhammad ibn Abdul Wahhab seorang tukang azan yang membaca selawat kepada nabi Salla Allahu Alayhi Wasalam setelah azan maka dia memerintahkan anak buahnya untuk membunuhnya. Lihat as-Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Syafi`yyah terdahulu di Makkah al-Mukarramah dalam al-Futuhat al-Islamiyyah, cetakan di Mesir, jilid 2 halaman 68. Ketika mereka menjajah Makkah kemudian mereka mendengar penduduk Makkah membaca doa setelah azan dan selawat nabi seperti kebiasaan amalan mereka dengan suara yang nyaring, mereka mengatakan : "Sungguh ini adalah syirik yang besar." Lihat Fadhaih al-Wahhabiyyah karangan as-Syeikh Fathi al-Azhari, halaman 57.

32. Al-Wahhabiyyah mengatakan bahawa tabarruk dengan kubur adalah haram dan salah satu jenis kesyirikan. Lihat ibn Baz dan Uthaimin dalam Fatawa wa Azkar li Ithaf al-Akhyar, Cetakan Dar al-Arqam, halaman 10. Bererti, al-Wahabiyyah telah mengkafirkan sahabat Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wasalam iaitu Abu Ayyub Al-Ansari. Al-Imam Ahmad telah meriwayatkan daripada Daud ibn Abi Shalih mengatakan: "Suatu hari Marwan datang dan menemukan seseorang sedang meletakkan wajahnya di atas kubur, kemudian dia berkata: Tahukah kamu apa yang sedang kamu lakukan? Kemudian Abu Ayyub berpaling padanya dan berkata: Ya, aku datang kepada Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wasalam dan aku tidak datang kepada batu, aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله ولكن ابكوا عليه إذا وليه عير أهله

Mafhumnya: "Janganlah kamu menangisi agama ini jika dipegang oleh ahlinya (orang yang tahu agama), namun tangislah jika agama ini dipegang oleh orang yang bukan ahlinya". (HR. Imam Ahmad, jilid 5 halaman 422 dan Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir, jilid 4 halaman 158 dan al-Ausath). WaAllahu A'lam [dutaislam.com/gg]

Source: FP Aswaja al-Ashairah

Jual Kacamata Minus

close
Iklan Flashdisk Kitab 32 GB